E-Agreement Biz Partner

  • BAHAWASANYA:-

    1. Syarikat adalah pengeluar Produk seperti yang disenaraikan di Jadual Kedua (selepas ini dirujuk sebagai “Produk”) di dalam Perjanjian ini.
    2. Syarikat bersetuju melantik usahawan sebagai usahawan Eksklusif Syarikat untuk memasarkan, mengedar serta menjual Produk Syarikat di kawasan dan tempat yang dipersetujui secara bertulis oleh Syarikat
    3. Usahawan bersetuju dan menerima perlantikannya sebagai usahawan Ekslusif Syarikat tertakluk kepada terma-terma dan syarat-syarat yang terkandung di dalam Perjanjian ini.

    KEDUA-DUA PIHAK dengan ini bersetuju seperti berikut:-

    1. SYARAT-SYARAT PERLANTIKAN USAHAWAN

    1.1   Syarikat bersetuju melantik usahawan berdasarkan pengesahan usahawan bahawa ia telah mematuhi syarat-syarat perlantikan yang di nyatakan seperti berikut:-

    a)   Syarikat berhak sepenuhnya mengubah syarat-syarat perlantikan usahawan daripada masa ke semasa dengan memberi notis secara bertulis selama satu (1) bulan sebelum perlaksanaan syarat-syarat baru tersebut kepada usahawan.

    b)  Usahawan yang berdaftar dibawah syarikat REZKIFAJAR SDN BHD adalah tidak dibenarkan untuk menjual produk lain selain dari produk yang dimiliki oleh syarikat REZKIFAJAR SDN BHD sahaja. Jika berlaku pelanggaran terhadap peraturan yang telah ditetapkan, pihak syarikat berhak untuk melucutkan hak sebagai usahawan dan tindakan akan diambil oleh pihak syarikat.

    2. HAK HARGA JUALAN PRODUK

    2.1  Usahawan tidak dibenarkan memanipulasi harga yang telah ditetapkan oleh Syarikat. Walau bagaimanapun, pihak Syarikat berhak untuk meminda harga Produk, sekiranya perlu daripada masa ke semasa. Sehubungan itu, sebarang permohonan daripada Usahawan untuk pindaan harga Produk adalah tidak dibenarkan sama sekali.

    2.2  Jika pihak Usahawan gagal, cuai atau sengaja tidak mematuhi mana-mana peruntukan klausa ini, Syarikat berhak untuk mengambil tindakan sewajarnya termasuklah menamatkan perjanjian ini dengan serta merta. Bayaran denda juga akan dikenakan sebanyak lima peratus (5%) daripada jumlah Produk yang tinggal dan stok akan diambil semula oleh pihak Syarikat. Selain itu, Usahawan juga akan dikenakan denda tambahan sebanyak RM50,000.00.

    2.3  Sekiranya Usahawan mengedarkan Produk kepada mana-mana pemborong atau kedai, pihak pemborong atau kedai perlulah menjual Produk tersebut mengikut harga yang telah ditetapkan oleh pihak Syarikat. Jika pihak Syarikat mendapati pihak pemborong dan kedai gagal, cuai atau sengaja tidak mematuhi peruntukan klausa ini, Syarikat berhak untuk mengambil tindakan sewajarnya seperti mengenakan saman kepada pihak pemborong atau kedai dan merampas semua Produk tersebut dan saman adalah sama seperti di klausa (2.3) dan pihak pemborong atau kedai tidak layak untuk menuntut sebarang ganti rugi melalui Syarikat.

    3. PEMBELIAN DAN TEMPAHAN PRODUK

    3.1  Segala perubahan syarat pembelian Produk akan dimaklumkan kepada Usahawan oleh pihak Syarikat secara bertulis tidak kurang daripada tujuh (7) hari bekerja sebelum tarikh penguat kuasa pindaan tersebut.

    3.2  Usahawan hendaklah membuat tempahan Produk secara bertulis dan dikemukakan kepada Syarikat sama ada secara serahan tangan atau e-mail Syarikat.

    3.3  Semua pembelian barangan daripada Syarikat adalah MUKTAMAD dan tidak boleh dikembalikan kecuali berlakunya kerosakan disebabkan oleh kecuaian pihak Syarikat.

    4. PENGHANTARAN TEMPAHAN

    4.1  Penghantaran tempahan Produk kepada Usahawan akan dilakukan setelah pembayaran penuh pembelian diperjelaskan oleh Usahawan kepada Syarikat.

    4.2  Sekiranya terdapat kerosakan semasa penghantaran tempahan dilakukan maka Usahawan perlu berurusan secara terus dengan pihak penghantaran tempahan. sekiranya terbukti kerosakan Produk berpunca daripada pihak Syarikat maka Syarikat akan menggantikan Produk tersebut dengan Produk yang sama jenis atau Produk yang lain tetapi dengan nilai yang sama.

    5. OBLIGASI USAHAWAN

    5.1   Usahawan mengaku janji akan melaksanakan perkara-perkara seperti berikut:-

    a)  Usahawan bertanggungjawab terhadap maklumat Produk yang disampaikan kepada para pelanggan. Sebarang bentuk pemalsuan fakta atau penyelewengan maklumat yang dibuat akan ditanggung sepenuhnya oleh Usahawan;

    b)  Usahawan hendaklah memastikan imej Syarikat dijaga dengan baik serta menjaga tata kerja dan etika yang ditetapkan oleh Syarikat setiap masa ketika melakukan aktiviti pemasaran, promosi, pengedaran dan penjualan Produk;

    c)  Usahawan akan mematuhi arahan dan peraturan yang ditetapkan oleh Syarikat berkaitan dengan Perjanjian ini; dan

    d)  Sekiranya para Usahawan mencapai sasaran jualan pihak HQ akan memberikan ganjaran yang sesuai mengikut pencapaian dan kesemua ganjaran haruslah didaftarkan sebagai benefit kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri untuk pembayaran cukai penama.

    e)  Bagi menjaga konsep perniagaan Int3tree sebagai jualan rental dan bukan dalam kategori MLM, Single Level maka semua Usahawan Int3tree tidak dibenarkan untuk menggunakan ayat-ayat berikut di dalam penerangan iklan atau semasa memberi penerangan kepada pelanggan atau bakal pelanggan.

    6. PENGGUNAAN HARTA INTELEK SYARIKAT

    6.1  Usahawan dilarang menggunakan harta intelek Syarikat seperti cap dagangan, hak cipta dan lain-lain dalam apa jua cara tanpa kebenaran bertulis daripada Syarikat untuk tujuan selain daripada Perjanjian ini.

    6.2  Usahawan di larang daripada membantah atau menafikan hak eksklusif Syarikat atas harta intelek Syarikat.

    6.3  Usahawan tidak dibenarkan untuk membuat apa-apa Produk seakan sama fungsi atau sama dengan Produk Syarikat dalam tempoh enam (6) tahun selepas menjadi Usahawan. Jika didapati maka Syarikat akan mengenakan denda RM500,000.00 dan Usahawan bersetuju untuk membayarnya tanpa apa-apa syarat.

    7. PEMBATALAN PERJANJIAN

    7.1  Syarikat berhak untuk menamatkan Perjanjian ini sekiranya Usahawan didapati telah cuai, gagal, melanggar atau mengingkari mana-mana terma-terma atau syarat-syarat yang terkandung di dalam Perjanjian ini dengan memberi notis tidak kurang daripada tujuh (7) hari daripada tarikh Perjanjian tersebut akan ditamatkan kepada Usahawan.

  • Maklumat Diisi Dengan HURUF BESAR
  • Format No IC Yang Perlu Diisi : 881010142356
  • Format No Tel Yang Perlu Diisi : 60123456789
  • ukuran gambar 100% muka hadapan IC
    Accepted file types: jpg, png.
  • ukuran gambar 100% muka belakang IC
    Accepted file types: jpg, png.