E-Agreement 3WCC

  • BAHAWASANYA:-

    1. Syarikat adalah pengeluar Produk seperti yang disenaraikan di Jadual Kedua (selepas ini dirujuk sebagai “Produk”) di dalam Perjanjian ini.
    2. Syarikat bersetuju melantik usahawan sebagai usahawan Eksklusif Syarikat untuk memasarkan, mengedar serta menjual Produk Syarikat di kawasan dan tempat yang dipersetujui secara bertulis oleh Syarikat
    3. Usahawan bersetuju dan menerima perlantikannya sebagai usahawan Ekslusif Syarikat tertakluk kepada terma-terma dan syarat-syarat yang terkandung di dalam Perjanjian ini.

    KEDUA-DUA PIHAK dengan ini bersetuju seperti berikut:-

    1. SYARAT-SYARAT PERLANTIKAN USAHAWAN

    1.1   Syarikat bersetuju melantik usahawan berdasarkan pengesahan usahawan bahawa ia telah mematuhi syarat-syarat perlantikan yang di nyatakan seperti berikut:-

    a)   Usahawan hendaklah memberi komitmen 100% untuk memasarkan, mengedar serta menjual Produk Syarikat tanpa ada sebarang ikatan kontrak dengan mana-mana Produk lain yang seakan atau sama seperti fungsi Produk Syarikat ini;

    b)   Syarikat berhak sepenuhnya mengubah syarat-syarat perlantikan usahawan daripada masa ke semasa dengan memberi notis secara bertulis selama satu (1) bulan sebelum perlaksanaan syarat-syarat baru tersebut kepada usahawan.

    c)  Usahawan yang berdaftar dibawah syarikat REZKIFAJAR SDN BHD adalah tidak dibenarkan untuk menjual produk lain selain dari produk yang dimiliki oleh syarikat REZKIFAJAR SDN BHD sahaja. Jika berlaku pelanggaran terhadap peraturan yang telah ditetapkan, pihak syarikat berhak untuk melucutkan hak sebagai usahawan dan tindakan akan diambil oleh pihak syarikat.

    d)  Usahawan yang telah berdaftar dibawah (usahawan) yang berdaftar di bawah syarikat REZKIFAJAR SDN BHD, adalah menjadi tangungjawab (usahawan) untuk menjaga dan memberikan khidmat yang terbaik kepada pihak ejen. Sekiranya pihak syarikat mendapati ada aduan daripada pihak ejen mengenai salah laku (usahawan) maka pihak syarikat mempunyai kuasa untuk menyiasat dan mengunakan budibicara syarikat untuk membuang sebarang keputusan.

    2. HAK HARGA JUALAN PRODUK

    2.1  Usahawan tidak dibenarkan memanipulasi harga yang telah ditetapkan oleh Syarikat. Walau bagaimanapun, pihak Syarikat berhak untuk meminda harga Produk, sekiranya perlu daripada masa ke semasa.

    2.2  Sehubungan itu, sebarang permohonan daripada usahawan untuk pindaan harga Produk adalah tidak dibenarkan sama sekali.

    2.3  Jika pihak usahawan gagal, cuai dan/ atau sengaja tidak mematuhi mana-mana peruntukan klausa ini, Syarikat berhak untuk mengambil tindakan sewajarnya termasuklah menamatkan perjanjian ini dengan serta merta. Bayaran denda juga akan dikenakan sebanyak lima peratus (5%) daripada jumlah Produk yang tinggal dan stok akan diambil semula oleh pihak Syarikat.

    2.4  Selain itu, usahawan juga akan dikenakan denda tambahan sebanyak RM50,000.00 dan Sekiranya usahawan gagal menjelaskan denda tersebut kepada Syarikat, maka Syarikat berhak untuk memulakan tindakan undang-undang yang sewajarnya di mahkamah untuk menuntut denda tersebut daripada usahawan.

    2.5  Sekiranya usahawan mengedarkan Produk kepada mana-mana pemborong atau kedai, pihak pemborong atau kedai perlulah menjual Produk tersebut mengikut harga yang telah ditetapkan oleh pihak Syarikat. Jika pihak Syarikat mendapati pihak pemborang dan kedai gagal, cuai dan/ atau sengaja tidak mematuhi peruntukan klausa ini, Syarikat berhak untuk mengambil tindakan sewajarnya seperti mengenakan saman kepada pihak pemborong atau kedai dan merampas semua Produk tersebut dan saman adalah sama seperti di klausa (2.3) dan pihak pemborong atau kedai tidak layak untuk menuntut sebarang ganti rugi melalui Syarikat tetapi haruslah menuntut ganti rugi daripada usahawan yang berkaitan dan segala Produk yang ada akan dirampas oleh Syarikat dan usahawan secara langsung bersetuju untuk menanggung segala kos dan tuntutan dari pihak yang berkenaan.

    3. PEMBELIAN DAN TEMPAHAN PRODUK

    3.1  Usahawan dikehendaki membeli Produk mengikut syarat-syarat seperti yang disenaraikan seperti berikut:-

    a)  Produk hampir habis dijual;

    b)   Pembelian Produk perlulah dibuat sekurang-kurangnya sama jumlah (kuantiti Produk) dengan sebelumnya atau lebih tinggi; dan

    c)   Membuat pembayaran penuh kepada Syarikat/ Wakil yang dilantik secara sah oleh Syarikat.

    3.2  Usahawan diwajibkan untuk membuat pembelian ulangan Minimum 80 unit dalam tempoh masa 3 bulan selepas mempunyai saluran yang telah dikenal pasti. Sekiranya didapati usahawan gagal, enggan dan/atau cuai membuat pembelian dalam tempoh masa yang ditetapkan, maka pihak Syarikat berhak menamatkan keahlian usahawan dan berhak mengambil apa-apa tindakan yang sewajarnya yang difikirkan adil dan sesuai oleh pihak Syarikat.

    3.3  Sekiranya pembelian ulangan telah dilakukan oleh usahawan namun penjualan di kawasan usahawan tidak memuaskan hati pihak Syarikat, maka Syarikat berhak untuk menawarkan kawasan tersebut kepada usahawan yang baru atau melakukan apa jua cara yang difikirkan sesuai untuk kemajuan Syarikat dan memastikan Produk Syarikat dikenali dan mendapat permintaan tinggi di kawasan tersebut.

    3.4  Usahawan juga hendaklah mencatatkan semua pembelian oleh usahawan di bawah jagaannya dan hendaklah memberikan surat perlantikan kepada restoran tersebut. Sekiranya berlaku sebarang masalah di antara restoran tersebut, maka ianya adalah tanggungjawab usahawan sepenuhnya dan pihak Syarikat tidak akan bertanggungjawab.

    3.5  Segala perubahan syarat pembelian Produk akan dimaklumkan kepada usahawan oleh pihak Syarikat secara bertulis tidak kurang daripada tujuh (7) hari bekerja sebelum tarikh penguatkuasa pindaan tersebut.

    3.6  Usahawan hendaklah membuat tempahan Produk secara bertulis dan dikemukakan kepada Syarikat samada secara serahan tangan dan/atau email Syarikat.

    3.7  Syarikat berhak untuk enggan dan/ atau menolak tempahan usahawan sekiranya Syarikat mendapati bahawa kedudukan kewangan usahawan tidak stabil atau usahawan menghadapi masalah kemampuan untuk menjelaskan bayaran tempahan Produk yang dibuat olehnya.

    3.8  Syarikat hanya akan memproses tempahan yang dibuat oleh usahawan setelah usahawan mengemukakan bukti pembayaran yang telah dilakukan kepada Syarikat dan pembayaran tersebut jika selain daripada secara tunai, pengesahan penjelasan (clearance) telah disahkan oleh bank Syarikat.

    3.9  Semua pembelian barangan daripada Syarikat adalah MUKTAMAD dan tidak boleh dikembalikan kecuali berlakunya kerosakan disebabkan oleh kecuaian pihak Syarikat.

    4. CARA PEMBAYARAN TEMPAHAN

    4.1  Usahawan dikehendaki membuat pembayaran pembelian Produk ketika membuat tempahan dengan Syarikat.

    4.2  Pembayaran tempahan boleh dilakukan seperti berikut:-

    a)  Deposit wang tunai ke dalam akaun Syarikat yang akan dimaklumkan oleh Syarikat secara bertulis kepada usahawan dan slip atau resit bank hendaklah diberikan kepada Syarikat sebagai bukti pembayaran; atau

    b)  Atas Talian (online); atau Cek. Penghantaran tempahan hanya akan dilakukan setelahpenjelasan cek (cheque clearance) oleh Syarikat.

    5. PENGHANTARAN TEMPAHAN

    5.1  Penghantaran tempahan Produk kepada usahawan akan dilakukan setelah pembayaran penuh pembelian diperjelaskan oleh usahawan kepada Syarikat.

    5.2  Kos penghantaran tempahan adalah ditanggung sepenuhnya oleh usahawan atau di tanggung sepenuhnya oleh pihak syarikat

    5.3  Sekiranya terdapat kerosakan semasa penghantaran tempahan dilakukan maka usahawan perlu berurusan secara terus dengan pihak penghantaran tempahan. Walaubagaimanapun, sekiranya terbukti kerosakan Produk berpunca daripada pihak Syarikat maka Syarikat akan menggantikan Produk tersebut dengan Produk yang sama jenis atau Produk yang lain tetapi dengan nilai yang sama.

    6. OBLIGASI SYARIKAT

    6.1  Syarikat akan melakukan perkara-perkara berikut:-

    a)  Membantu usahawan daripada pengedaran daripada segi promosi Produk melalui media cetak atau elektronik;

    b)  Memastikan stok Produk mencukupi untuk dibekalkan kepada usahawan.

    c)  Syarikat tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang tindakan mahkamah yang dikenakan ke atas usahawan sekiranya berlaku salah laku atas kecuaian, kelalaian atau sebarang tindakan usahawan yang bertentangan dengan undang-undang sama ada melibatkan kesalahan individu atau syarikat perniagaannya.

    7. OBLIGASI USAHAWAN

    7.1   Usahawan mengaku janji akan melaksanakan perkara-perkara seperti berikut:-

    a)  Semua pemasaran, promosi, pengedaran dan penjualan Produk adalah mengikut terma-terma dan syarat-syarat yang terkandung di dalam Perjanjian ini dan seperti yangditetapkan oleh Syarikat dari masa ke semasa. Segala bahan untuk promosi sebelum dicetak haruslah mendapat kebenaran daripada Syarikat terlebih dahulu;

    b)  Usahawan bertanggungjawab terhadap maklumat Produk yang disampaikan kepada para pelanggan. Sebarang bentuk pemalsuan fakta atau penyelewengan maklumat yang dibuat akan ditanggung sepenuhnya oleh usahawan;

    c)  Usahawan dilarang sama sekali mengubah konsep perniagaan Syarikat (trading) kepada sistem jualan langsung (MLM). Sekiranya berlaku sedemikian, Syarikat akan mengenakan tindakan yang sewajarnya terhadap usahawan.

    d)  Usahawan akan memberi komitmen sepenuhnya dalam memasarkan, mempromosikan,mengedar dan menjual Produk. Usahawan juga hendaklah sentiasa memberi komitmen untuk sentiasa menghadiri segala aktiviti syarikat yang akan dijalankan seperti kelas, kelas online dan sebagainya aktiviti syarika. Jika terdapat tugasan yang diberikan oleh pihak syarikat mestilah disiapkan dalam waktu yang ditetapkan. Laporan kewangan usahawan haruslah dihantar sebelum 5 haribulan setiap bulan.

    e)  Usahawan juga akan memastikan stok Produknya sentiasa mencukupi di dalam simpanannya untuk tujuan pemasaran, promosi, Pengedaran dan penjualan Produk tersebut kepada orang awam;

    f)  Kos latihan, perjalanan, penginapan, makanan serta lain-lain kos perbelanjaan Usahawan semasa mengikut latihan atau menjalankan aktiviti pemasaran, promosi, dan penjualan Produk perlu ditanggung sendiri oleh usahawan;

    g)  Usahawan hendaklah memastikan imej Syarikat dijaga dengan baik serta menjaga tata kerja dan etika yang ditetapkan oleh Syarikat setiap masa ketika melakukan aktiviti pemasaran, promosi, Pengedaran dan penjualan Produk;

    h)  Usahawan akan mematuhi arahan dan peraturan yang ditetapkan oleh Syarikat berkaitan dengan Perjanjian ini; dan

    i)  Memaklumkan dengan segera kepada Syarikat perkara-perkara berikut:-

    i.   Terdapat Produk yang ditiru oleh pihak ketiga yang tiada kaitan dengan Syarikat;

    ii.   Penyalahgunaan cap dagangan atau harta intelek yang lain milik Syarikat sama ada berkaitan dengan Produk atau perihal Syarikat oleh mana-mana pihak &

    iii.   Aduan pengguna terhadap Produk.

    j)  Sekiranya ada usahawan yang mampu memberikan komitmen yang tinggi maka syarikat Rezkifajar Sdn Bhd akan memberikan voucher potongan harga kepada produk yang akan di beli kemudian hari oleh usahawan tersebut dan voucher itu hanya boleh digunakan untuk mendapat diskaun harga dan tidak boleh ditukar dengan wang ringgit atau ditunaikan dan hanya berlaku untuk produk sahaja yang dinyatakan di voucher tersebut sahaja.

    k)  Setiap kempen yang dijalankan oleh usahawan contohnya, sekiranya para ushawan mencapai target jualan yang ditetapkan haruslah memaklumkan dan mendapat kelulusan daripada pihak HQ dahulu. Kegagalan berbuat demikian akan menyebabkan pihak HQ akan mengenakan tindakan yang tegas kepada usahawan tersebut

    l)  Sekiranya para usahawan mencapai target jualan pihak HQ akan memberikan ganjaran yang sesuai mengikut percapaian dan kesemua ganjaran haruslah didaftarkan sebagai benefit kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri untuk pembayaran cukai penama.

    m)  Bagi menjaga konsep perniagaan int3tree sebagai jualan rental dan bukan dalam kategori MLM, Single Level maka semua usahawan Int3tree tidak dibenarkan untuk mengunakan ayat-ayat berikut di dalam penerangan iklan atau semasa memberi penerangan kepada pelanggan atau bakal pelanggan. HQ sangat mengambil serius akan pekara ini dan tindakan tegas akan dikenakan sekiranya didapati melanggar peraturan yang telah ditetapkan. Antara ayat atau perkataan yang dilarang untuk digunakan adalah seperti berikut: (Recruit, Up-line, Bonus-bonus, Close atau Down-line)

    8. PENGGUNAAN HARTA INTELEK SYARIKAT

    8.1  Usahawan dilarang menggunakan harta intelek Syarikat seperti cap dagangan, hak cipta dan lain-lain dalam apa jua cara tanpa kebenaran bertulis daripada Syarikat untuk tujuan selain daripada Perjanjian ini.

    8.2  Usahawan di larang daripada membantah atau menafikan hak eksklusif Syarikat atas harta intelek Syarikat.

    8.3  Usahawan tidak dibenarkan untuk membuat apa-apa Produk seakan sama fungsi atau sama dengan Produk Syarikat dalam tempoh enam (6) tahun selepas menjadi usahawan. Jika didapati maka Syarikat akan mengenakan denda RM500,000-00 dan usahawan bersetuju untuk membayarnya tanpa apa-apa syarat. Sekiranya Usahawan gagal menjelaskan denda tersebut kepada Syarikat, maka Syarikat berhak untuk memulakan tindakan undang-undang yang sewajarnya di mahkamah untuk menuntut denda tersebut daripada usahawan.

    9. PEMBATALAN PERJANJIAN

    9.1  Syarikat berhak untuk menamatkan Perjanjian ini sekiranya Usahawan didapati telah cuai, gagal, melanggari atau mengingkari mana-mana terma-terma atau syarat-syarat yang terkandung di dalam Perjanjian ini dengan memberi notis tidak kurang daripada tujuh (7) hari daripada tarikh Perjanjian tersebut akan ditamatkan kepada usahawan.

    10. LAIN-LAIN

    10.1  Usahawan digalakkan menyertai kunjungan (roadshow) atau pameran (exhibition) yang diatur oleh Syarikat.

    10.2  Kegagalan dan/atau keengganan Usahawan untuk menyertai mana-mana kunjungan atau pameran yang diaturkan oleh Syarikat akan diambil kira ketika penilaian prestasi usahawan dibuat oleh Syarikat.

    10.3  Usahawan dalam setiap masa hendaklah memberi kerjasama sepenuhnya kepada Syarikat dalam apa-apa hal semasa Perjanjian ini berkuatkuasa.

  • Maklumat Diisi Dengan HURUF BESAR
  • Format No IC Yang Perlu Diisi : 881010142356
  • Format No Tel Yang Perlu Diisi : 60123456789
  • ukuran gambar 100% muka hadapan IC
    Accepted file types: jpg, png.
  • ukuran gambar 100% muka belakang IC
    Accepted file types: jpg, png.